First Entry

Alhamdullilah


Hari ni first day aku memulakan aktiviti masa kini iaitu berblogging. Kita tengok sampai bila ya aku rajin nak guna blog-blog ni. Jadi untuk memulakan sesi karangan pertama nie aku seronok nak citer pasal hari ini.

First sekali aku nak recap beberapa perkara pasal hari ni.

aaaa... kita tengok apa tajuk akhbar pada hari nie ya ..
Utusan Melayu katanya "Wan Azizah Gagal"
Beritah Harian katanya "Melancong Untuk Merompak"
The Star katanya "Less Rigid Soon : New Censorship guidlines to allow local movie makers more flexibility" dan
Harian Metro katanya "Mati Lembu Melintas"

Kalau pasal sukan plak...
Aku rasa pagi esok ada game champions league ... tapi hari ni aku tak nak review pasal sukan... macam tak menarik...

apa yang aku nak sentuh ni pasal adanya hari ini. sbb kalau tengok tajuk kat harian metro tu pun dia dah tulis Mati Lembu Melintas. Kalau kita baca lah surat khabar nie... tak pasal2 sebab lembu melintas kita pun boleh kembali padaNya. Tapi yang aku pelik ni kan... macam mana lah lembu susu ternakan ni boleh melintas highway. Sapalah yang punya lembu tu. Aku rasa dia kurang perihatin ... patutnya jaga lah lembu dia. Adui aaaiiiiii ... Kalau aku laa mau aku saman tuan punya lembu... Tapi takpelah soal ajal maut nie Allah dah tentukan.. Lembu tu sekadar alasan jerk kenapa kematian itu berlaku...

Hari ni aku nk cerita pasal syukur... Pernah tak korang semua stop lepas tu korang akan fikir... eh.. bestnya dia.. dapat belanja itu ini. Wah... orang depan rumah beli perabut baru. mak aih... abang depan tu pasang air cond tue... masuk ni dah lima belas dia pasang kat umah dia... nak buat freezer ke apa.. hehehehe.. lepas tu ada plak kita fikir... wahh... dah dapat baby dah diaorg... tak pun... eh kak zah dapat naik pangkat? lepas tu kita pun sibuk laa pikir gaji yang dia dapat.. tunggakkan yang berkaitan dan tah apa2 lagi yang dia dapat.. dan apa yang dia mungkin boleh beli dengan duit yang dia bakal dapat.

Lepas tu kita akan terasa down sbb kita takder semua tue... nie lumrah most people living in malaysia. kita lebih suka pikir benda yang kurang positive... Kita mempersoal kenapa aku tak dapat... apsal gaji aku asyik cukup2 makan ataupun tak cukup makan. Lepas tu kita akan cakap... balik2 dia yang dapat.. Tapi tak pulak kita stop dan berfikir.... "Macam mana dia dapat ? Apa yang dia buat aku tak buat? dan "Kenapa Allah murahkan rezeki dia? Apa amalan dia ? dan persoalan paling penting "Bahagiakah aku kalau aku ada semua tue? "....

Soalnya sekarang ialah kita ni pada aku... kita kurang bersyukur dengan apa yang kita ada. Aku rasa kita lebih suka fokus pada apa yang kita takder berbanding apa yang kita ada .... pelikkan kita... dulu masa jalan kaki... kita nak ada basikal.. bila dah ada basikal kita tengok org ada motor... kita kata.. wahhh motor laju sket... bestnya. Allah bagi rezeki kita beli motor... lepas tu kita merungut...motor nk kena isi minyak... kene hujan... kita sibuk rasa kita perlu ada kereta... Dapat kerja.. kumpul duit.. kita beli kereta. Bila dah ada kereta ... kita bising lagi... Mak aih... mahal betul minyak kereta.... waaaaaa mahalnya nk servis.... lepas tu masuk jerk jalan jammed kita kata... ek eleh...better naik motor....

Perhatikan kita asyik komplen...komplen dan komplen.... Kita berhenti dan berysukur sebab kurang2 kita boleh komplen kita bayar minyak kereta... sbbnya kita ada kereta... Allah beri kita rezeki nk ada kereta... nk ada motor... Kalau Allah tak bagi kita apa2 macam mana?

Hari ni kita bangun... aku akui aku bangun hari nie dengan perasaan yang sangat lah malas nak datang kerja... Tengok anak tergolek-golek atas katil macam seronok pulak nk join sekali. Seronok sangat tengok anak kecil nie main sorang-sorang... Tapi sepatutnya aku bangun dengan semangat... sbb aku ada kerja...malas aku nk letak statistik berapa ramai penganggur yang berijazah kat malaysia nie. Jadinya aku gagahkan juga semangat nk datang kerja.. sbb aku wajib bersyukur aku ada kerja nk sara anak dan isteri... At least takderlah isteri dan anak yang sara aku ya tak?

Aku hari ni bersyukur sbb aku ada perkara-perkara ni dalam hidup :

  • aku ada agama... aku bersyukur walaupun diakui amalan aku bukanlah lengkap dan sempurna... tapi Allah masih dampingkan aku dengan orang-orang yang dapat menjadi pembimbing aku.
  • aku ada keluarga aku... aku bersyukur aku ada isteri yang cantik. ini hakikat ya.. isteri aku memang cantik nk buat camner kan... ni bukan aku jerk cakap... kawan-kawan kat opis pun cakap tau... Isteri aku.. pada aku bukan saja cantik tapi baik dan melengkapkan aku. Cinta dan sahabat dunia akhirat gitu :D. Walaupun aku rasa aku belum lagi jadi semua yang dia nak.. tapi aku masih disayangi dia tak berbelah bahagi. InysaAllah satu hari nanti aku jadi jugaklah Adam idaman dia. Tak lupa aku juga bersyukur ada adwa... pengikat kasih kami. Anak kecil yang begitu comel dan tak lekang dari sibuk membuat aku rasa hari ni best bila penat balik dari kerja ... Aku juga bersyukur sbb aku ada famili yang besar yang walau aku nie best atau tak diaorg tetap sayang aku... UNCONDITION lagi tau... :D
  • aku ada kerja... yes aku sangat bersyukur aku ada kerja. Kerja walaupun gaji taklah besar mana tapi alhamdullilah boleh bagi kat mak bapak (walaupun diaorg tak minta tapi come on lah penat diaorg layan perangai aku campur uncondition love lagi... kene lah kongsi sket rezeki kita)... Pesan aruah nenek "sikit mana pun kau bagi mak bapak nnt... asalkan ikhlas InsyaAllah rezeki korang takkan tak cukup... Ada jek Allah bagi". Cukup jugak untuk tampung kehidupan sehari-hari aku sekeluarga. Cukup untuk bagi makan pakai adwa... walaupun belum cukup untuk beli bungalow mewah kat Dubai ataupun sebuah Mercedez Benz Compressor... Perhatikan aku guna perkataan belum cukup... so nnt-nnt esok lusa mungkin cukup kan...
  • aku ada rumah... walaupun kuarters kerajaan... tapi at least ada bumbung... lagipun rumah tu sangat2 laaaa besar untuk jumlah potongan RM400 sebulan ya...
  • aku ada kawan... yes i have friends... kawan ni pada aku cermin 360 darjah aku... sbb diaorg ni kalau tak suka dia org akan zassssss bagi aku tak silap aku...

Jadi walaupun aku takder banyak benda (konon-konon banyak laaa sbb biasalah otak manusia... cukup dah tapi mengada-ada nak macam2) tapi aku bersyukur ada ada benda yang menjadi dan melengkapkan aku sebagai INSAN.

So aku "Berysukur sbb aku masih ada hari ini"...

Alhamdulillah, ya Allah jangan kau lupakan apa yang aku ada... kerana aku yakin kau lebih tahu yang yang lebih baik untuk hamba mu ini.

3 Response to "First Entry"

  1. Mama Adwa says:
    8 Mac 2010 pada 6:31 PTG

    Awak tetap Adam idaman saya... Semua ciri-ciri Adam idaman saya ada pada awak.. Love u loads!

  2. Ipin says:
    9 Mac 2010 pada 12:48 PG

    Bahagiakah aku kalau aku ada semua tue? "....

    Bahagiakah? hehe ka aku komen nie bagi pendapat aku bahagia adalah apabila org itu bercukup (Qannah) dengan apa yang ada, dapat banyak pun kalau dia tak berasa cukup (bersyukur) jadi tak bahagia juga.

    "Sekelumit musibah yang menimpa segunung nikmat yang kita terima jadi banyak2 lah bersyukur".

    hehehehe

  3. Mie-G says:
    24 Mac 2010 pada 11:12 PTG

    Selamat ber'blogger' sahabat!

Catat Ulasan