Doktor Di Malaysia : Tiada skim perkhidmatan lain setakat ini dapat pengiktirafan sehebat ini

Tahniah to my sis... after all the hype and the buzz dapat akhirnya pengiktirafan yang sewajarnya... Jangan lupa, tak semua skim dalam perkhidmatan awam yang dapat laluan camnie. So apa kita kena wat? banyakkan bersyukur pada yang maha kuasa...

Hmm disertakan petikan berikut untuk rujukan semua ya ,


" Pegawai perubatan, pergigian, farmasi bakal cepat naik pangkat "

09/03/2010 7:06pm

KUALA LUMPUR 9 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelan penambahbaikan laluan kerjaya bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan, dengan mempercepat tempoh naik pangkat ke Gred 54 di antara dua hingga lima tahun.

Beliau berkata, inisiatif yang melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM200 juta setahun itu bertujuan untuk menambah baik laluan kerjaya mereka bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.

Misalnya, seorang pegawai perubatan (pakar) boleh dinaikkan ke Gred 54 dalam masa sembilan tahun berbanding 11 tahun sekarang dan 12 tahun untuk pegawai perubatan (klinikal/pentadbiran) berbanding 17 tahun sekarang.

"Melalui penambahbaikan laluan kerjaya ini, kerajaan berharap pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Najib juga berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan sedang menguruskan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perubatan Gred UD44 yang layak ke Gred UD48 dan sebahagian besar dijangka dapat dilaksanakan sebelum 31 Mac ini.

Katanya, penambahbaikan ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan yakin langkah ini akan dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan. – Bernama

* sumber dari http://www.utusan.com.my/


Hopefully semua doktor lepas nie makin semangat berbakti dan beramal pada bangsa Malaysia... memastikan yang rakyat semua sihat2 belaka... kira perkhidmatan lepas ni makin MANTOP la ya... With great knowledge comes great responsibilities....

Chaiyok doktor ....

3 Response to "Doktor Di Malaysia : Tiada skim perkhidmatan lain setakat ini dapat pengiktirafan sehebat ini"

  1. Mama Adwa says:
    9 Mac 2010 pada 5:25 PTG

    Yer.. Terima kasih kepada sayang dan kawan-kawan yang tak tidur malam siapkan paper untuk meeting dengan KSN 8 malam ni.. Diulangi, 8 MALAM NI...

    Siapa kata PTD tak lagi relevan?

    Still relevan what... (read in Phua Chu Kang's tone)

  2. Mama Adwa says:
    9 Mac 2010 pada 5:27 PTG

    P/S : Kak Ayu!!!! Open table!!!!!

  3. howiseeit says:
    10 Mac 2010 pada 7:09 PG

    Hasil meeting lebih positive daripada yang disangka... diulangi lebih positive daripada yang sepatutnya... So Doktor2 kat luar... u got a heroes' reward ... bykkn bersyukur dan teruskan berbakti :D

    Walaupun kerja teruk... tgk Allah dah berikan balasannya dah... :D

Catat Ulasan