MAXIS sila makan ASAP




waaa... aku terlalu seronok laa hari nie... walaupun benda ni dah lama berlaku.... tapi aku baru ada masa nak tulis hari nie... ok sepertimana yang 1Malaysia dah tahu... IPhone di monopoli oleh syarikat telekomunikasi Maxis kan? Jadi apa yang berlaku ialah diaorang boleh suka-suka hati diaorg buat rate macam mana sekalipun sbb diaorg jer yang ada bagi Iphone yang ada warantty dari Apple...


tapi kalau korang nk beli Iphone kat mana-mana pastu unlocked korang tak masuk dalam ini cerita ya :D
sekrang dah ada plan dari DIGI.... eat your heart out MAXIS....




ingat dulu satu ketika... masa tu bulan puasa tahun lepas... aku mmg cukup tak puas hati dengan Maxis... masa tu nk tamatkan broadband. aku ada tiga broadband. nak tamatkan kesemua broadband tu perlu hantar semua yang dia bagi kat kita (box+cable+modem) tu pada maxis setelah genap setahun penggunaan bagi mengelakkan kita di caj handling fee sebanyak RM200.


Masa tu dia jugak laa antara penyedia perkhidmatan broadband yang power... takder lagi P1 Wimax lagi. jadi macam control market la gaks... bayaran bulanan yang dikenakan ialah RM118 per month setelah di bolt on kan pada main line maxis aku... still lagi mahal rite... tapi masa tu ni kira murah.


so aku dengan berbesar hati nak matikan semua line2 nie.. pergi la ke tmpt dia kat The Gardens .. ala yang kat depan Mid Valley tu. Lepas tu aku cakap kat dia.. broadband ni saya nak terminate semua tapi kotak satu saya takder ... dia kata.. owh tu abang kene bayar pada kami RM30...
aku pun kata "hmmm takper saya balik cari kotak ". yang lagi dua tu tolong terminatekan ya. dia pun ambil dua broadband lain yang dah cukup sifat untuk pulang tu. yang satu lagi aku ambil bawa pulang.


Bila sampai rumah mak mertua kat area wangsa maju tu aku buka laa PC sbb nk surf net sket.. highhhhhhhhhhhh kecewa gila tgk takder connection.. apa lagi call laa service centre... dengan penuh bertenang dia kata " Encik, encik dah terminate broadband tersebut"... wah wah sesedap hati bagi aku bawa balik broadband yang dia terminate...


sebelum balik tu aku dah tanya dah... you terminate based on modem atau based on sim card punya serial number.. dia kata kita check dua2. abang jangan risau kata dia... so aku pun dah angin satu badan nie.. tak sabar tunggu esok nk gi maxis semula... sib baik bulan puasa ... sifat marah tu kurang..


kalau sorang jer ke mid valley aku lebih suka naik train jerk.. tapi perangai aku bila sampai LRT bangsar tu aku tak suka tunggu bas... so aku suka jalan kaki sahaja ker the gardens... tak jauh sgt. plus it's a good work out.


sampai2 kat maxis the garden... cam biasa ambil nombor... tgg queue semua laa... smpi jumpa pegawai tu... aku adu laa masalah aku tue... dia cool jerk... dia kata sebentar saya semak. dia semak dia kata.. owh no ni dah terminate dan kita dah online kan semula... aku pun cakap... "eh kenapa awak terminate semalam... semalam kata lain" . Dia kata ini salah encik sbb encik mungkin dah tertukar sim card n masuk pada modem lain. Aku pun cakap laa... awak nie pun takkan tak boleh pikir logik " buat apa saya ambil modem dan sim card yang dah terminate dan bagi awak yang boleh digunakan lagi ... lagipun semalam kata terminate ikut modem dan sim card".... ni buat kerja macam ikut suka...


last2 aku kata... awak dah membazir masa saya... tenaga saya ulang alik dari rumah ke sini... saya nak pulang... tapi saya tak nak bayar harga box tu sbb awak dah membazirkan masa saya... dia mengalah n kata. Ok tak perlu bayar...


Lepas tu aku ceramah sket kat dia (walaupun aku rasa aku barking up the wrong treela kan... mamat ni bukan exec level tinggi cuma budak customer service jer)... aku cakap...korang ni mentang masa tu korang control market suka hati korang jerk set harga bagai... ni celcom dah naik barulah korang nak turunkan harga nk bagi kompetetif n tak nmpk mahal sgt. Lepas aku toleh kat kaunter iphone. Aku cakap..." hah tu iphone... korang jer kuarkan ... korang set harga ikut sedap jerk kan... sbb org nak beli TERPAKSA beli dari korang " , mamat tu cakap " betul la tu bang " ... samada dia perli aku atau mengiakan apa cakap tu tak penting tapi hakikat masa diaorg control market... suka2 hati diaorg jer set harga...


skang aku suka... sbb dia dah ada competitor.... nnt bila senang aku banding2 harga pakej diaorg.. sbb aku tak rasa digi terlalu bangang untuk kuarkan pakej yang lebih mahal...


hariniakuhidup untuk lihat maxis ada saingan.... EAT ur HEART out.... tapi all in all yang untung steve job jugak laa gamaknya...


hehehehehe....
salam.

2 Response to "MAXIS sila makan ASAP"

  1. Mama Adwa says:
    12 April 2010 11:45 PTG

    padan muka Ananda Krishnan ketiak busuk!!! Lepas ni Ass-tro punya giliran pulak!!

  2. muhamadakmalwahab says:
    12 April 2010 11:57 PTG

    aku tunggu astro punya downfall...skg eksyen tak hengat...geram aku...

Catat Ulasan