MAXIS sila makan ASAP




waaa... aku terlalu seronok laa hari nie... walaupun benda ni dah lama berlaku.... tapi aku baru ada masa nak tulis hari nie... ok sepertimana yang 1Malaysia dah tahu... IPhone di monopoli oleh syarikat telekomunikasi Maxis kan? Jadi apa yang berlaku ialah diaorang boleh suka-suka hati diaorg buat rate macam mana sekalipun sbb diaorg jer yang ada bagi Iphone yang ada warantty dari Apple...


tapi kalau korang nk beli Iphone kat mana-mana pastu unlocked korang tak masuk dalam ini cerita ya :D
sekrang dah ada plan dari DIGI.... eat your heart out MAXIS....




ingat dulu satu ketika... masa tu bulan puasa tahun lepas... aku mmg cukup tak puas hati dengan Maxis... masa tu nk tamatkan broadband. aku ada tiga broadband. nak tamatkan kesemua broadband tu perlu hantar semua yang dia bagi kat kita (box+cable+modem) tu pada maxis setelah genap setahun penggunaan bagi mengelakkan kita di caj handling fee sebanyak RM200.


Masa tu dia jugak laa antara penyedia perkhidmatan broadband yang power... takder lagi P1 Wimax lagi. jadi macam control market la gaks... bayaran bulanan yang dikenakan ialah RM118 per month setelah di bolt on kan pada main line maxis aku... still lagi mahal rite... tapi masa tu ni kira murah.


so aku dengan berbesar hati nak matikan semua line2 nie.. pergi la ke tmpt dia kat The Gardens .. ala yang kat depan Mid Valley tu. Lepas tu aku cakap kat dia.. broadband ni saya nak terminate semua tapi kotak satu saya takder ... dia kata.. owh tu abang kene bayar pada kami RM30...
aku pun kata "hmmm takper saya balik cari kotak ". yang lagi dua tu tolong terminatekan ya. dia pun ambil dua broadband lain yang dah cukup sifat untuk pulang tu. yang satu lagi aku ambil bawa pulang.


Bila sampai rumah mak mertua kat area wangsa maju tu aku buka laa PC sbb nk surf net sket.. highhhhhhhhhhhh kecewa gila tgk takder connection.. apa lagi call laa service centre... dengan penuh bertenang dia kata " Encik, encik dah terminate broadband tersebut"... wah wah sesedap hati bagi aku bawa balik broadband yang dia terminate...


sebelum balik tu aku dah tanya dah... you terminate based on modem atau based on sim card punya serial number.. dia kata kita check dua2. abang jangan risau kata dia... so aku pun dah angin satu badan nie.. tak sabar tunggu esok nk gi maxis semula... sib baik bulan puasa ... sifat marah tu kurang..


kalau sorang jer ke mid valley aku lebih suka naik train jerk.. tapi perangai aku bila sampai LRT bangsar tu aku tak suka tunggu bas... so aku suka jalan kaki sahaja ker the gardens... tak jauh sgt. plus it's a good work out.


sampai2 kat maxis the garden... cam biasa ambil nombor... tgg queue semua laa... smpi jumpa pegawai tu... aku adu laa masalah aku tue... dia cool jerk... dia kata sebentar saya semak. dia semak dia kata.. owh no ni dah terminate dan kita dah online kan semula... aku pun cakap... "eh kenapa awak terminate semalam... semalam kata lain" . Dia kata ini salah encik sbb encik mungkin dah tertukar sim card n masuk pada modem lain. Aku pun cakap laa... awak nie pun takkan tak boleh pikir logik " buat apa saya ambil modem dan sim card yang dah terminate dan bagi awak yang boleh digunakan lagi ... lagipun semalam kata terminate ikut modem dan sim card".... ni buat kerja macam ikut suka...


last2 aku kata... awak dah membazir masa saya... tenaga saya ulang alik dari rumah ke sini... saya nak pulang... tapi saya tak nak bayar harga box tu sbb awak dah membazirkan masa saya... dia mengalah n kata. Ok tak perlu bayar...


Lepas tu aku ceramah sket kat dia (walaupun aku rasa aku barking up the wrong treela kan... mamat ni bukan exec level tinggi cuma budak customer service jer)... aku cakap...korang ni mentang masa tu korang control market suka hati korang jerk set harga bagai... ni celcom dah naik barulah korang nak turunkan harga nk bagi kompetetif n tak nmpk mahal sgt. Lepas aku toleh kat kaunter iphone. Aku cakap..." hah tu iphone... korang jer kuarkan ... korang set harga ikut sedap jerk kan... sbb org nak beli TERPAKSA beli dari korang " , mamat tu cakap " betul la tu bang " ... samada dia perli aku atau mengiakan apa cakap tu tak penting tapi hakikat masa diaorg control market... suka2 hati diaorg jer set harga...


skang aku suka... sbb dia dah ada competitor.... nnt bila senang aku banding2 harga pakej diaorg.. sbb aku tak rasa digi terlalu bangang untuk kuarkan pakej yang lebih mahal...


hariniakuhidup untuk lihat maxis ada saingan.... EAT ur HEART out.... tapi all in all yang untung steve job jugak laa gamaknya...


hehehehehe....
salam.

Sapa nak menang Ipod Touch And PSP

Okay... ni selepas lama tak masuk-masuk n update blog maka kat sini aku terasa nak update sket. Sapa yang kat sini rasa diaorg duduk dalam hutan dan tak pernah tau apa tu ipod touch atau psp ? sapa tak nak dua benda nie kan? anak sedara aku yang baru nk cecah 5 tahun pun ada PSP okay....

so let's cut to the chase... tajuk entry tu sapa nak menang ipod touch atau PSP... maybe bila menang leh bagi kat insan tersayang. cam aku leh bagi wife aku... dia leh guna ngan nike runner dia. sbb ada roommate dia masa bujang dulu telah mengkelepet nike sports band dia.. cuma tinggal seketul chip yang tak leh nak read apa2.... haaa sports band tu mcm nie... ya...




dan yang tinggal hanyalah ini



dan benda diatas tu takleh berfungsi kalau takder. Sports band diatas. Fungsi kedua-kedua benda ini adalah untuk melihat sejauh mana kita dah lari (jogging) dan juga berapa calory kita bakar. kalau mahukan keterangan lanjut mengenainya sila layari http://nikerunning.nike.com/. Kombinasi kedua-duanya adalah seperti berikut :

Ok... mari kita ke part yang menarik iaitu cara kita (kau dan aku sekali) boleh menang ipod atau PSP secara percuma... ya diulangi PERCUMA.... Ingat tak Snickers ? Ok bagi korang yang buat-buat lupa... ia adalah sejenis coklat ya? zaman aku kecik-kecik dulu mmg mak selalu gaks bagi laa dalam dua tiga bulan jumpa sekali coklat nie. sbbnya aku jarang minat makan coklat cam nie...

so skang snickers ada buat satu peraduan laa dan hadiahnya ialah ... jeng ... jeng....

memang mudah sangat laaa nk menang ... first - first sekali korang daftar dulu.... tak daftar macam mana nak join kan...

Lepas dah daftar korang leh main laaa.... lets get kickin shall we... game ni senang sangat sampai anak aku yang umur 6 bulan pun boleh main... tapi before korang main aku galakkan korang baca dulu how to play... ada tips kat situ

ok.. dah tau camner nk main... apa nk buat lagi? main jerk laa kan... hmmm tapi sebelum tu korang exercise dulu jari jemari korang ya.... and hafal laa kedudukan 'S', 'N', 'I', 'C', 'K', 'E' dan 'R' kat mana.... sbb that is the key to success... kira ni dia nyer 4-4-2 laaa...

ok... dah train jari tu... sila type laju2 huruf snickers yang light up utk dptkan power untuk membuat sepakan2 deras kearah pintu gol ya..

bila korang nmpk power bar kat tepi tu dah tinggi tiba masanya korang untuk tendang bagi k.o tu goalkeeper... tapi keyword kat sini AIM yaa.... jangan syok sendiri... korang tak nak jadi John Terry (masa lwn Man United kat CL final), dan Helmi Eliza (masa kedah kalah hari tue)... hehehehehe

Okay... seems easy enough kan... korang main... lepas tu dia akan kuarkan score sheet korang ya....


Puas hati? tak puas main lagi.... tapi korang lepas main cuba tgk score org lain... heheheheh

tgk tu kawan2... score dia gila punya banyak.... ni mesti pemain game tegar... mmg nk sgt laaa PSP n Ipod tu...

Ok... apa pun... main waktu malam... jangan pulak main time kerja ya... If someone's special punya bday dah dkt... boys... it's good that u win the touch... cos it surely can touch the heart of ur love one... and girls... the PSP is right there for the boys of your life..

enjoy the game.... syukur hari ni kita hidup... ada peluang menang benda free... heheheheh :D

salam.